Education

Bengkel MyQAN perkukuh sinergi antara institusi pendidikan tinggi

Berita dan gambar Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin

PUTRAJAYA, 20 Februari 2025: Bengkel Strategik Malaysia Higher Education Institutions Quality Assurance Network (MyQAN) 2025 telah dianjurkan pada 17 Februari lalu di Everly Hotel.

Bengkel ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Haniff Jedin selaku Presiden MyQAN dan dihadiri oleh semua jawatankuasa MyQAN, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi dari pelbagai universiti awam dan swasta seperti Universiti Malaya (UM), Sunway University, Nottingham University, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan banyak lagi.

Program utama bagi tahun 2025 adalah kesinambungan program kolaborasi Bersama ASEAN University Network Quality Assurance (AUNQA). Selain itu, pelaksanaan penawaran geran penyelidikan MyQAN, program latihan, menambahbaik dan mengemaskini laman sesawang MyQAN (myqan.org) dan banyak lagi program lain yang telah dirancang bagi 2025.

Dr. Mohd Haniff berkata, bengkel ini telah berjaya mencapai matlamatnya dengan memperkukuh sinergi antara institusi pendidikan tinggi dalam memastikan kualiti pendidikan tinggi Malaysia terus terpelihara dan diiktiraf di peringkat global.

Menurutnya, UUM selaku pengerusi bengkel merakamkan penghargaan kepada semua peserta yang telah menyumbang kepada perbincangan dan perancangan strategik ini.

Resolusi dan pelan tindakan yang dibincangkan dalam bengkel ini akan diterjemahkan kepada inisiatif yang lebih konkrit untuk memastikan MyQAN terus relevan dan berperanan aktif dalam ekosistem pendidikan tinggi Malaysia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button