Education

SBM UUM rintis kolaborasi strategik bersama Bertam Resort & Water Park

 Berita dan gambar oleh: Dr. Mohd Nizam bin M Sarkawi

Pulau Pinang, 20 MEI 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah melangkah setapak lagi dalam memperkukuhkan jaringan industri melalui satu sesi pertemuan bersama delegasi dari Bertam Resort & Water Park, Pulau Pinang.

Sesi libat urus peringkat pengenalan (introductory level) yang berlangsung di Bilik Selangor ini bertujuan untuk mewujudkan persefahaman dan meneroka potensi kerjasama dua hala antara pihak akademik dan pemain industri perhotelan serta pelancongan.

Pertemuan dimulakan dengan sesi pengenalan oleh wakil Bertam Resort & Water Park, termasuklah Pengarah Acara (Director of Events), Cik Patricia Tan, yang berkongsi latar belakang dan fasiliti organisasi mereka. Sebagai maklum balas, pihak SBM UUM turut membentangkan pelbagai kepakaran dan perkhidmatan nilai tambah yang boleh ditawarkan kepada pihak industri.

Ini merangkumi penyediaan program latihan berkala (training) bagi pembangunan staf, peluang kolaborasi geran penyelidikan, serta inisiatif akademik yang lain.

Lebih menarik, pihak Bertam Resort & Water Park telah menyambut baik usaha sama ini dengan menawarkan kadar korporat yang sangat kompetitif (competitive corporate rate) khusus untuk penganjuran sebarang program atau aktiviti UUM pada masa akan datang.

Bagi membuktikan komitmen serius terhadap jaringan ini, delegasi Bertam Resort telah terus diiringi ke Jabatan Bendahari UUM sejurus selepas mesyuarat selesai bagi urusan pembukaan akaun rasmi bersama pihak universiti.

Sebagai langkah ke hadapan, kedua-dua belah pihak kini sedang dalam proses merangka dokumen Surat Persefahaman (Letter of Understanding – LOU) bagi memeterai dan merealisasikan usaha sama strategik ini secara rasmi. Kerjasama yang dirintis ini diharap dapat memberikan manfaat yang besar bukan sahaja kepada staf dan pelajar SBM, malah kepada ekosistem pelancongan tempatan amnya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button