PERSIDANGAN GEOMATICS FOR DISASTER RISK REDUCTION (GeoDRR) 2024


Jemputan untuk menyertai Persidangan Geomatics for Disaster Risk Reduction (GeoDRR), anjuran pasukan penyelidik Projek Erasmus dari Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama rakan kolaborasi antarabangsa dari Poland, Sepanyol, Greece, Luxembourg, Filipina, Kemboja, dan Malaysia.
Persidangan ini akan berlangsung pada 7 hingga 8 Oktober 2024 ini bertempat di EDC UUM.
Persidangan ini berfungsi sebagai platform untuk perkongsian pengetahuan dalam bidang Geomatik bagi Pengurangan Risiko Bencana. Selain itu, ia juga bertujuan mempromosikan program M.Sc. GEODRR kepada pelajar daripada institusi pengajian tinggi awam dan swasta, serta agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Sila daftar penyertaan secara PERCUMA menerusi pautan berikut : https://bit.ly/RegistrationGeoDRRUUM
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, boleh menghubungi Prof. Dr. Azman Yasin di talian 019-4108666 atau Prof. Madya Dr. Mazni Omar di talian 019-4748082