Travel

Perkukuh kolaborasi antara dua universiti  

THAILAND, 6 Mei 2025: Ruts X UUM Digital Marketing And Business Camp 2025 memperkukuhkan kolaborasi  antara Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan Rajamangala University of Technology Srivijaya (RUTS). 

Pusat Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM),  UUM dengan kerjasama tiga pusat pengajian di bawah UUM COLGIS iaitu Pusat Pengajian Kerajaan (SOG), Pusat Pengajian Antarabangsa (SOIS) dan Pusat Pengajian Undang-undang (SOL) menyertai program RUTS x UUM Digital Marketing and Business Camp 2025 ke RUTS.

Delegasi yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Johan Afendi Ibrahim, Dekan STHEM dan turut disertai oleh Dr. Muhammad Fauzi Mokhtar, Dr. Noor Afzaniza Afendi, Dr. Hasan Mohamed Zakaria, dan Dr. Nur Fariha Mohd Noor bersama 29 orang pelajar telah disambut mesra oleh Dr. Lamun Kayurin (Assistance to President) dan Asst. Prof. Dr. Kornkanok Phoksawat (Dean Faculty of Management Technology).

Lima siri bengkel berkaitan pemasaran digital   dilaksanakan sepanjang program dan di akhiri dengan Pitching Competition Digital Business Model Canvas and Digital Content (DBMC).

Rombongan UUM turut mengadakan satu program CSR mengutip sampah di pantai Pak Meng Beach, Trang bagi menyedarkan peserta dan juga pengunjung tentang kepentingan menjaga kebersihan.

Sesi perbincangan juga telah diadakan di antara para pensyarah UUM dengan pihak pengurusan Faculty of Management Technology dan College of Hospitality and Tourism RUTS bagi membincangkan pelaksanaan strategi pengukuhan kerjasama antara dua universiti.

Hasil program ini sangat positif dan diharapkan program yang dilaksanakan akan terus berkembang dan memberi manfaat kepada semua pelajar dan pensyarah.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button