Campus

Sistem pengurusan kualiti di UA lebih mantap, konsisten

SINTOK, 3 Mac 2025: Mesyuarat Majlis Pengurusan Kualiti – Universiti Awam (MPQ-UA) berlangsung di Bilik Mesyuarat Senat, Universiti Utara Malaysia (UUM).

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Zainal  Zakaria yang juga   Pengarah Pusat Jaminan Kualiti, Universiti  Malaysia Sabah (UMS) adalah untuk memastikan kesinambungan sistem Pengurusan kualiti di universiti lebih mantap dan konsisten.

MPQ merupakan platform kepada pengurusan IPTA dalam membincangkann isu berkaitan kualiti dan akademik, pengurusan serta penambahbaikan kualiti Universiti Awam di Malaysia.

Mesyuarat ini menjadi pentas perkongsian amalan kualiti antara UA agar skop kualiti dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa serta gabungan suara IPTA dalam hal berkaitan kualiti untuk dibawa kepada badan kualiti seperti MQA, SIRIM, MAMPU dan JPT.

Inisiatif ini juga dilihat memantapkan amalan program kualiti UA dan memastikan semua proses yang terlibat berada dalam keadaan selaras dengan keperluan piawaian.

Mesyuarat ini turut memastikan garis panduan pengurusan kualiti yang merangkumi struktur pengurusan kualiti terbaik dan sekali gus menjadi panduan dan rujukan kepada UA bagi pengurusan kualiti di Universiti Awam selain membuka peluang menilai amalan terbaik dalam pengurusan kualiti Universiti.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button