Sports

Hariz dan Farez dinobat juara Golf Bangladesh Open 2025

BANGLADESH, 29 April 2025: Pasukan Malaysia yang diwakili oleh Hariz Hezri dan Farez Azihan daripada Akademi Golf Nasional Universiti Utara Malaysia (UUM) mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai juara acara Berpasukan Lelaki di Bangladesh Amateur Open 2025.

Kejohanan yang berlangsung di Savar Golf Club, Bangladesh dari 23 hingga 26 April itu menyaksikan mereka merekodkan jumlah pukulan sebanyak 301, sekali gus menewaskan pencabar dari Bangladesh dan Pakistan.

Naib Canselor UUM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Foad Sakdan turut merakamkan ucapan tahniah kepada kedua-dua pemain berbakat ini.

“Kejayaan Hariz dan Farez bukan sahaja membanggakan negara, malah turut mengharumkan nama UUM di persada antarabangsa. Ini membuktikan bahawa usaha kita dalam membangunkan bakat sukan bertaraf dunia membuahkan hasil.

“Semangat juang, ketekunan dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua atlet ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UUM untuk terus mengejar kecemerlangan dalam apa jua bidang,” katanya.

Kemenangan ini sekali lagi mengukuhkan reputasi Akademi Golf Nasional UUM sebagai pusat pembangunan golf bertaraf dunia.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button