STHEM dan KEDA komited dalam melaksana aktiviti bersama komuniti
Gambar KEDA
BALING, 18 Jun 2025: Pusat Pengajian Pengurusan Pelancongan, Hospitaliti dan Acara (STHEM) dengan kerjasama pihak Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menganjurkan program Eksplorasi Sentuhan Kasih Keluarga Angkat dan Homestay Tourism Mapping and Data Outreach (HoTMaDO) selama 2 hari.
Pengerusi Program Pengurusan Hospitaliti, Dr. Nurul Syazana Hishamuddin berkata, program ini telah melibatkan seramai 46 pelajar STHEM, dari kelas Research Method dan dibantu oleh beberapa pelajar dari kelas Sport Tourism Event Management serta pelajar Pengurusan Acara.
Menurutnya, program ini memberi peluang kepada STHEM utk membantu KEDA dalam mengemas kini data profil penduduk di sembilan desa di daerah Baling dan membantu mewujudkan satu pangkalan data yang sistematik bagi tujuan ini.
Acara kemuncak program ini adalah apabila para pelajar STHEM diberi kepercayaan penuh untuk menganjurkan acara sukaneka bersama-sama dengan komuniti desa dan mengendalikan majlis perasmian penutup.
Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) STHEM, Dr. Muhammad Fauzi Mokhtar turut menyatakan program seumpama ini amat bertepatan dengan objektif STHEM dan KEDA dalam membantu warga daerah Baling dan meningkatkan visibiliti STHEM dan UUM kepada komuniti.
Turut hadir, Pengerusi Program Sarjana Muda, Dr. Foo Yen Sin dan pensyarah STHEM iaitu Dr. Muna Maryam Azmy, dan Dr. Lina Munirah Kamarudin. – Aida Rasyidah Ahmad Muaen