Sports

Atlet e-Sports UUM wakil Malaysia ke Galaxy Gaming Academy Campus Series 2025 di Jakarta

Gambar Najmuddin Arief Nordin

SINTOK, 18 Jun 2025: Enam atlet E-Sports dari Universiti Utara Malaysia (UUM) Mobile Legends : Bang Bang (MLBB) telah melayakkan diri ke pusingan akhir Samsung Galaxy Gaming Academy X MLBB Campus Series 2025 yang akan berlangsung pada 20 hingga 22 Jun ini di Jakarta Barat, Indonesia.

Pada peringkat awal kejohanan, Pasukan E-Sport UUM yang dikenali UUM Boboyot telah menyertai kejohanan ini yang berlangsung secara atas talian dan dua pasukan daripada Malaysia telah melayakkan diri ke pusingan akhir yang akan berlangsung secara langsung (offline).

Pasukan UUM Boboyot diwakili Muhammad Danish Fitri Razali, Fawwas Hannan Ahmad Fauzi, Muhammad Aliff Aqreem Ahmadi, Ahmad Zaim Faezi Fauzi, Aiman Hakimi Ahmad Zarizi dan Putera Arif Haikal Hairunizam, manakala Universiti Putra Malaysia (UPM) iaitu UPM Pria ldaman telah berjaya di peringkat kebangsaan seterusnya layak mewakili Malaysia ke peringkat akhir.

Pasukan UUM diiringi oleh Penyelaras Sukan E-Sports UUM, Najmuddin Arief Nordin yang meletakkan harapan agar pasukan UUM Boboyot akan membawa pulang hadiah ditawarkan.

Menurutnya, dengan latihan berterusan dan sokongan padu daripada universiti, pasukan ini diyakini mampu bersaing dengan pasukan-pasukan terkemuka dan membawa pulang kejayaan yang membanggakan.

“Komitmen dan semangat juang yang ditunjukkan oleh pasukan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga UUM untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang e-sukan,” katanya.

Dua pasukan terbaik dari setiap negara akan mengambil bahagian dalam pusingan akhir ini yang melibatkan lapan pasukan sahaja. Antara pasukan negara terbaik yang akan mengambil bahagian dalam kejohanan ini iaitu Indonesia, Singapura, Filipina dan Malaysia yang akan merebut hadiah berjumlah $40,000 USD. – Afiza Mohammad

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button