Sports

UUM naib juara keseluruhan 20th Invitation of SARA Taekwando Club Kyorugo and Poomsae Championship 2025

Gambar Pusat Sukan UUM

KOTA BHARU, 3 Julai 2025: Pasukan Taekwondo Universiti Utara Malaysia (UUM) telah muncul naib juara keseluruhan dalam Kategori Terbuka di 20th Invitation of SARA Taekwondo Club Kyorugi and Poomsae Championship 2025 baru-baru ini bertempat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Kota Bahru, Kelantan.

Penyelaras Sukan Tempur UUM, Afiza Mohammad berkata, UUM menamatkan kejohanan ini dengan empat pingat emas, dua pingat perak dan satu pingat gangsa menerusi acara yang telah dipertandingkan.

Pingat emas pertama ini telah disumbangkan menerusi Lee Teng Fang dalam kategori poomsae individu wanita, seterusnya Amirah Zul Qarnain dalam kategori fly wanita, Syarfa Salhi kategori bantam wanita dan pingat emas terakhir menerusi Puteri Farah Diba Natasha Zakaria kategori heavy wanita.

Sementara itu, dua pingat perak telah disumbangkan oleh Nurul Arisya Rosman dalam kategori fin wanita dan Nur Alin Rasyiqah Abdul Rahman, middle wanita.

Bagi pingat gangsa pula disumbangkan menerusi Ahmad Fauzi Ahmad Nazri dalam kategori feather lelaki.

Dalam pada itu, Puteri Farah Diba Natasha Zakaria juga telah dinobatkan sebagai Best Player Female setelah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam setiap perlawanan yang berlangsung dalam kejohanan tersebut.

Kejohanan ini juga merupakan sebahagian daripada persiapan awal Pasukan Taekwondo UUM untuk ke Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2025 pada bulan September nanti yang akan berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Gong Badak, Kuala Terengganu. – Afiza Mohammad

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button