Campus

PETRONAS kongsi evolusi data dan AI bersama warga UUM

Gambar Mohd Fanzuri Abu Bakar

SINTOK, 21 Oktober 2025: Kumpulan Penyelidikan Computational Statistics and Applied Mathematics (CSAM), Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan kerjasama Pusat Kerjasama Universiti-Industri (CUIC) telah bertindak sebagai Jawatankuasa Pelaksana dalam menganjurkan program PETRONAS TALK on Artificial Intelligence (AI) and Data: From Data to Decisions – The Evolution of Analytics and AI in Industry di Dewan Seminar SQS, UUM.

Sesi perkongsian tersebut menampilkan Ketua Kanan untuk Sains Data, Petronas, Maggie Lim, yang berkongsi pandangan tentang transformasi dunia analitik data dan kecerdasan buatan (AI) serta peranan Generative AI (GenAI) dalam memperkukuh keupayaan organisasi membuat keputusan strategik berasaskan data.

Beliau turut menekankan kepentingan aspek etika, keselamatan data dan kepercayaan pengguna dalam penerimagunaan teknologi AI di peringkat industri.

Menjalankan Tugas Dekan SQS, Prof. Madya Dr. Nerda Zura Zaibidi berkata, program ini dapat memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara industri dan universiti, selain menyokong usaha UUM melahirkan modal insan berkualiti tinggi dalam bidang Sains Data dan Kecerdasan Buatan (AI).

Sementara itu, Pengarah Program merangkap Ketua Kumpulan Penyelidikan Computational Statistics and Applied Mathematics (CSAM), Prof Madya Ts. Dr. Samsul Ariffin Abdul Karim, turut menambah bahawa penganjuran ini turut menyumbang kepada agenda Matlamat Pembangunan Lestari (SDG 4 dan SDG 17) serta mendokong Petunjuk Utama Teras Universiti dalam aspek Kelestarian Komuniti dan Hubungan Industri.

Jawatankuasa Pelaksana PETRONAS TALK on Artificial Intelligence (AI) and Data yang juga terdiri daripada Prof. Madya Dr. Rahela Abdul Rahim, Prof. Madya Dr. Hasibah Hamid, Prof. Madya Dr. Sharmila Karim, Rohaiza Zakaria, Dr. Nursyawani dan juga Prof. Madya Dr. Nor Intan Saniah Sulaiman serta beberapa pelajar tahun akhir progam Matematik Perniagaan.

Jawatankuasa CSAM turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada dekan, barisan pengurusan dan pentadbiran SQS, pensyarah, pelajar, serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas komitmen dan kerjasama dalam menjayakan program ini. – Prof. Madya Dr. Nor Intan Saniah Sulaiman

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button