Sports

SBM Pintastik dinobat johan Pertandingan Boling Pialan PNC UUM COB

Berita dan gambar Nur Hazlina Ghazali

PERLIS, 11 November 2025: Pertandingan Boling Piala PNC UUM College of Business (UUMCOB) tahun 2025 kembali semarakkan semangat kekompakan warga UUMCOB untuk tahun ketiga.

Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Salleh yang mewakili Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri, menjalankan tugas Penolong Naib Canselor UUM COB berkata, program tahunan anjuran Pejabat PNC UUM COB dianjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat berpasukan serta meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan warga kerja melalui aktiviti riadah.

Sebanyak 14 pasukan dari lima pusat pengajian telah menyertai pertandingan yang berlangsung di Lite Superbowl JB 3, menyaksikan persaingan sengit namun penuh semangat kesukanan antara staf akademik dan pentadbiran.

Dalam pertandingan kali ini, pasukan SBM Pintastik telah dinobatkan sebagai Juara Piala Pusingan PNC UUM COB 2025 dan wang tunai RM400, diikuti Naib Johan oleh IBS Gagak Hitam dan tempat ketiga STML Ebonite.

Anugerah Bowler Terbaik Lelaki dimenangi oleh Dr. Saiful Azizi Ismail dari Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM) dan Bowler Terbaik Wanita diraih oleh Prof. Madya Dr. Haslinda Hassan dari Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA).

Pertandingan Boling Piala PNC UUM COB ini kini menjadi acara yang dinanti-nantikan setiap tahun, mencerminkan semangat perpaduan, kesukanan dan kebanggaan sebagai warga UUM COB.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button