Education

Aktiviti SifirQuest: Snake Challenge perkasa penguasaan sifir murid SK Megat Dewa

Gambar Dr. Ayu Abdul Rahman

KODIANG, 27 Januari 2026: Seramai 53 murid Tahun 4 dan 5 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Megat Dewa telah menyertai aktiviti SifirQuest: Snake Challenge yang berlangsung pada 15 Disember tahun lalu.

Aktiviti yang dilaksanakan di bawah Program STI 100³ Kitaran 2 Tahun 2025 anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan nama STEMQuest ini telah diketuai pensyarah dari Pusat Pengajian Sains Kuantitatif (SQS), Zakiah Hashim serta dibantu oleh Dr. Ayu Abdul Rahman, Yuhaniz Ahmad dan Norhafiza Mohd. Noor.

Zakiah berkata, aktiviti ini menggunakan permainan interaktif dam ular sebagai medium pembelajaran bagi membantu murid menguasai sifir dengan lebih berkesan.

Menurutnya, pendekatan pembelajaran berasaskan permainan ini berjaya menarik minat murid serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.

Sepanjang aktiviti dijalankan, murid menunjukkan penglibatan aktif, semangat kerjasama dan daya saing yang sihat.

Program ini diharap dapat memberi impak positif terhadap penguasaan Matematik dalam kalangan murid serta menyokong usaha memperkukuh pembelajaran berteraskan Sains, Teknologi dan Inovasi di sekolah. – Zakiah Hashim.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button