Campus

INASIS SME Bank terus bergerak capai matlamat

Berita dan gambar oleh INASIS SME Bank

SINTOK, 29 Januari 2026: INASIS SME Bank kini mencatatkan pencapaian KPI sepenuhnya, hasil kekuatan ukhuwah yang terjalin erat antara staf pentadbiran, barisan felo, Jawatankuasa Perwakilan Siswa (JKPS), serta barisan staf pembersihan (UUM Property) INASIS.

Berdasarkan pengalaman bersama INASIS SME Bank sepanjang tahun 2025, Wan Yusnita Megat Saad, selaku Penolong Pengetua, berkata kerjasama erat ini telah memastikan setiap perancangan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lancar serta mencapai semua sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak universiti.

Selain itu, aspek kemudahan, keselamatan dan kebajikan para pelajar serta warga INASIS SME Bank sentiasa diutamakan dari semasa ke semasa, selaras dengan arahan Jabatan Hal Ehwal Pelajar amnya dan Pusat Penginapan Pelajar (SAC) serta pihak universiti khususnya.

Menurut Dr. Faisal Zulhumadi, Pengetua INASIS SME Bank, kerjasama antara pelbagai pihak dalam pengurusan INASIS SME Bank merupakan kunci kekuatan yang membawa pencapaian ke tahap ini.

Di samping itu, penghargaan kepada staf turut diberikan kerana ia mampu meningkatkan semangat kerja berpasukan dalam usaha mengutamakan kebajikan dan keselamatan warga INASIS SME Bank.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button