Campus

Dashboard Intelligence dedah kepada pelajar tentang pentingnya penggunaan teknologi dashboard

Gambar Karthik Raj Rajakumar dan Evangelina Seeba Balu

SINTOK, 17 Mei 2026: Persatuan Pengurusan Teknologi (MOTIC) Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya menganjurkan program Dashboard Intelligence: Powered by Fastenal yang diadakan baru-baru ini.

Pengarah Program, Nur Alieya Qistina Sharol Azlan berkata, ianya bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kepentingan penggunaan teknologi dashboard dalam analisis data dan proses pembuatan keputusan.

Menurutnya, program ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan, malah melebihi jangkaan pihak penganjur dengan penyertaan aktif dalam kalangan pelajar sesi 2025/2026.

Program ini turut merangkumi sesi interaktif dan latihan praktikal yang memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan pengetahuan secara langsung dalam situasi yang menyerupai keperluan sebenar industri.

Melalui pendekatan pembelajaran secara hands-on ini, para peserta bukan sahaja dapat memahami konsep yang disampaikan dengan lebih jelas, malah berupaya mengembangkan kemahiran analitikal, pemikiran kritis serta kecekapan dalam penggunaan teknologi berkaitan.

Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektif dalam memperkasa pengetahuan pelajar serta meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan teknologi dashboard. Inisiatif ini turut menjadi platform yang signifikan dalam melahirkan graduan yang lebih kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan industri.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran delegasi daripada pihak Fastenal yang terdiri daripada Mr. Tan Ju ard selaku District Manager, MS. Tan Jia Ying selaku General Manager (Penang Sungai Lokan), Ms. Teh Miao Zhen selaku General Manager (Penang Sagajaya), serta Ms. Kavita sebagai Regional Recruiter.

Sepanjang program berlangsung, peserta telah didedahkan kepada konsep serta aplikasi dashboard intelligence dalam menyokong proses pembuatan keputusan yang lebih sistematik dan berasaskan data. Selain itu, sesi perkongsian turut menekankan keperluan kemahiran analitikal serta pemahaman teknologi yang relevan dengan kehendak industri semasa. – Nur Alieya Qistina Sharol Azlan

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button