Education

TISSA-UUM perkukuh kerjasama strategik dengan Pejabat Akauntan Negara

Berita dan gambar Shazilayanty Shahrom

PUTRAJYAYA, 7 Jun 2026: Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Pejabat Akauntan Negara Malaysia oleh Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, Universiti Utara Malaysia (TISSA- UUM) telah diadakan pada Jumaat lepas.

Delegasi dari TISSA-UUM yang diketuai oleh Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed telah disambut oleh Akauntan Negara Malaysia, Nasran Omar di Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Dr. Ahmad Martadha berkata, kunjungan hormat ini menjadi platform untuk membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama, khususnya peluang kerjasama merangkumi pelbagai aspek kolaborasi dua hala bagi memantapkan lagi perkhidmatan awam dan bidang akademik.

Kerjasama ini diharap dapat memperkasakan kompetensi dan memberi manfaat berterusan antara institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan dari sudut pembangunan modal insan sektor awam negara dengan menggunakan kepakaran akademik daripada pihak TISSA-UUM untuk pelbagai program pembangunan perakaunan.

Hadir sama dalam acara kunjung hormat ini adalah Dekan TISSA-UUM, Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd Ali; Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Prof. Madya Dr. Saliza Abdul Aziz, Penyelaras Program dan Penolong Pendaftar.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button