Mohtar Hasim, Bendahari UUM naik pangkat VU7, empat pensyarah ke DS14
Gambar Hairul Nizam Zahari
SINTOK, 3 Julai 2026: Bendahari, Mohtar Hasim merupakan antara penerima watikah kenaikan pangkat yang disampaikan Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed di Bilik Mesyuarat Naib Canselor, baru-baru ini.

Beliau menerima kenaikan bagi jawatan Bursar VU7 berkuat kuasa 1 Oktober 2025.
Selain Mohtar, turut menerima watikah tersebut yang membawa kepada Profesor Madya (DS14) ialah Prof. Madya Dr. Zairy Zainol dari Pusat Pengajian Perniagaan Islam; Prof. Madya Dr. Nur Hafizah Mohammad Ismail dari Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan; Prof. Madya Nizamuddin Zainuddin daru Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik serta Prof. Madya Ts. Dr. Nadia Diyana Mohd Muhaiyuddin dari Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi.
Tarikh kuat kuasa kesemua pensyarah ini bermula 1 Jun 2026.



