Campus

501 pelajar SBM terima anugerah dekan

SINTOK, 16 Januari 2025: Majlis Anugerah Dekan Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Sesi A232 telah berlangsung di Auditorium SOIS, baru-baru ini.

Majlis ini diadakan bagi meraikan pencapaian pelajar yang berjaya mengekalkan Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) cemerlang dan menyuntik motivasi kepada pelajar lain untuk terus berusaha mencapai kejayaan.

Seramai 501 pelajar daripada lima program pengajian di SBM menerima pengiktirafan atas kecemerlangan akademik mereka pada sesi A232.

Majlis yang diserikan dengan kehadiran para penjawat SBM itu dirasmikan oleh Dekan SBM.

Dalam ucapannya beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua penerima anugerah.

“Kecemerlangan bukan sahaja perlu dilihat dari segi akademik semata-mata, tetapi juga dari aspek pembangunan sahsiah diri dan penglibatan aktif dalam aktiviti kokurikulum,” ujarnya.

Penganjuran majlis ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pelajar dan staf SBM, selain mengukuhkan semangat kecemerlangan dalam kalangan komuniti akademik di UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button