Campus

Bengkel Penyelarasan Roadmap Strategik PKKPK 2026 perkasa hala tuju organisasi dan agenda impak universiti

Gambar oleh: Mohd Shakirin bin Che Harmidi

LANGKAWI, 17 Julai 2026 – Pusat Kajian Kes Pengurusan dan Kepimpinan (PKKPK), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menganjurkan Bengkel Penyelarasan Roadmap Strategik PKKPK 2026 bertempat di Bayview Hotel Langkawi sebagai usaha memperkukuh hala tuju organisasi serta menyelaras pelaksanaan inisiatif strategik selaras dengan aspirasi universiti.

Bengkel ini memberi fokus kepada pemurnian pelan strategik PKKPK melalui lima teras utama iaitu Meningkatkan Keunggulan Akademik dan Pengiktirafan Global, Memakai R.I.C.E.S Mengimpak Masyarakat, Model Baharu Kelestarian Kewangan, Mengukuh Kepimpinan dan Menggemilangkan Institusi.

Melalui teras strategik tersebut, PKKPK memberi penekanan kepada pengembangan pengantarabangsaan, pengukuhan ekosistem penyelidikan, pemerkasaan jaringan industri dan komuniti, peningkatan penjanaan hasil serta kesejahteraan warga kerja sebagai asas kepada pembangunan organisasi yang mampan dan berdaya saing.

Bengkel ini melibatkan barisan pengurusan dan warga PKKPK bagi menilai pencapaian semasa, mengenal pasti peluang penambahbaikan serta menyusun pelan tindakan yang lebih berfokus dalam memperkukuhkan peranan PKKPK sebagai pusat rujukan kajian kes pengurusan dan kepimpinan.

Dalam ucapan beliau, Pengarah PKKPK, Prof. Madya Dr. Muhamad Dzahir Kasa, menegaskan bahawa penyelarasan roadmap strategik merupakan langkah penting bagi memastikan setiap perancangan pusat mempunyai hala tuju yang jelas, berimpak dan selari dengan aspirasi UUM.

Beliau turut menekankan kepentingan kolaborasi strategik, inovasi serta pengurusan organisasi yang berkesan bagi memastikan PKKPK terus berkembang sebagai pusat kecemerlangan dalam bidang kajian kes.

Bengkel ini turut menjadi platform untuk memperkukuhkan semangat kerja berpasukan, menyelaras komitmen warga PKKPK serta membentuk kesepakatan bersama terhadap pelaksanaan inisiatif strategik sepanjang tahun 2026.

Melalui pelaksanaan bengkel ini, PKKPK komited untuk terus memperluaskan jaringan akademik dan industri, menghasilkan kajian kes berimpak tinggi, menyumbang kepada komuniti serta memperkukuhkan kedudukan UUM sebagai institusi yang menerajui pembangunan ilmu dan penyelesaian berasaskan realiti organisasi. – Nur Amirah binti Zakaria

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button