Campus

PDRM Kedah, UUM perkukuh kesedaran masyarakat tangani ancaman scammer

Berita dan gambar oleh: Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia

SINTOK, 23 Jun 2026: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah memperkukuhkan usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap ancaman jenayah siber menerusi penganjuran Program Town Hall Discussion PDRM Kontinjen Kedah Tahun 2026: Jenayah Scammer Dalam Talian/Penipuan di Laman Maya dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Universiti Utara Malaysia (UUM).

 

Program yang berlangsung di Auditorium School of International Studies (SOIS), UUM itu menghimpunkan pelbagai agensi strategik sebagai usaha bersama memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai modus operandi scammer yang semakin berleluasa.

 

Program berkenaan turut mendapat sokongan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Lions Club Alor Setar dalam usaha memperkukuh pendidikan keselamatan digital kepada orang ramai.

Timbalan Ketua Polis Kedah, DCP Baderulhisham Baharudin hadir pada program tersebut bersama Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM, Prof. Madya Dr. Bakti Hasan Basri

Turut hadir pegawai kanan PDRM Kontinjen Kedah, wakil agensi kerajaan, guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Kawasan Rukun Tetangga (KRT), Malaysian Crime Prevention Foundation (MCPF), SUKSIS UUM, pensyarah, pelajar serta wakil komuniti.

 

Sesi town hall yang dikendalikan Pengarah Pusat Kokurikulum UUM, Dr. Za’im Ahmad itu membariskan panel daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Bank Negara Malaysia Pulau Pinang dan SKMM Kedah.

Perbincangan memberi fokus kepada pelbagai bentuk penipuan dalam talian termasuk skim pelaburan palsu, penyamaran pihak berkuasa, keselamatan transaksi kewangan digital serta penyalahgunaan platform media sosial.

Penganjuran program itu dilihat sebagai langkah proaktif PDRM Kedah bersama rakan strategik bagi memastikan masyarakat lebih peka, berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penjenayah siber.

Kerjasama antara pihak keselamatan, universiti, agensi kewangan dan komuniti diharap mampu melahirkan masyarakat celik digital serta bersama-sama membantu membendung jenayah scammer.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button