Campus

Yayasan Afdlin Shauki dan Shauki Vision SDN. BHD. jalin kerjasama strategik bersama pengurusan TVET UUM dalam bidang industri kreatif

Berita dan gambar oleh Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi Bin Hj. Ahmad

UUMKL, 22 Jun 2026: Membawa misi memperjuang modal insan dalam bidang Industri Kreatif, Dato’ Afdlin Shauki bin Aksan mewakili Yayasan Afdlin Shauki dan Shauki Vision Sdn. Bhd. telah hadir untuk menandatangani (NDA) TVET UUM bersama Pengurusan TVET UUM, Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur (UUMKL) hari ini sebagai tanda Kerjasama Strategik antara kedua belah pihak. Majlis bersejarah ini bertempat di Tingkat 8, Universiti Utara Malaysia Kampus Kuala Lumpur.

Majlis  ini mengetengahkan perbincangan meja bulat dua hala yang berfokuskan kepada Program TVET yang memfokuskan kepada industri Kreatif bagi mendepani dinamika industri ini di  masa hadapan.

Majlis menandatangani NDA ini diwakili  oleh Provos UUMKL, Profesor Dr. Norlena Hasnan manakala Pengarah Pengurusan TVET UUM Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Shanusi bin Hj. Ahmad A.M.N. sebagai saksi. Dato Hj, Afdlin Shauki bin Aksan pula mewakili  pihak Yayasan Afdlin Shauki manakala Shauki Vission Sdn. Bhd. diwakili  Datin Marcella Elsie Biddulph Binti Mohd Shahzan Biddulph. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Pengurusan TVET UUM, En. Kamal bin khalid dan Puan Fazilah Mohd. Othman.

Sinergi ini merangkumi penawaran program Sijil Kemahiran Malaysia secara Pencapaian Pengalaman Terdahulu (SKM-PPT)  yang dikhususkan untuk memperkasa laluan kerjaya para penggiat seni dalam bidang seperti Pengacaraan dan lain-lain yang berkaitan industri kreatif bagi meningkatkan kemahiran dan memberi pengiktirafan  dalam kalangan penggiat seni itu sendiri.

Provos UUMKL menegaskan, kolaborasi ini melambangkan integrasi kepakaran Pengurusan TVET UUM bersama-sama dengan nilai teras kemahiran yang diuruskan oleh Pengurusan TVET  UUM. Melalui pemerkasaan kelayakan para penggiat Seni kreatif diuruskan Pengurusan TVET UUM, masa depan penggiat Seni kreatif  negara diyakini dapat dimartabatkan ke peringkat global.

Pihak Yayasan Afdlin Shauki dan Shauki Vision Sdn. Bhd. turut menzahirkan keyakinan penuh terhadap keupayaan Pengurusan TVET UUM dan menyambut baik kesediaan UUMKL untuk bekerjasama rapat demi merealisasikan agenda dan Dasar TVET Negara. Selesai majlis ini  telah  disusuli dengan perbincangan teknikal yang lebih teliti bagi merangka tindakan pelaksanaan dalam masa terdekat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button