Education

Kunjungan hormat STML ke FELDA bincang jalinan kerjasama dan promosi peluang pengajian

Berita dan gambar Nur Shamimi Ayuni Mohamad Baki

KUALA LUMPUR, 29 April 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan sesi kunjung hormat dan promosi Program Pascasiswazah di Menara FELDA, Kuala Lumpur.

Delegasi UUM diketuai oleh Dekan STML, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim bersama barisan akademik yang terdiri daripada Felo Technology and Supply Chain Excellence Institute (TeSCE), Prof. Madya Dr. Halim Mad Lazim serta Pengerusi Pascasiswazah STML, Dr. Rushanim Hashim dan Dr. Syairah Aimi Shahron.

Kehadiran delegasi UUM telah disambut oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Modal Insan FELDA, Iswanie Tormodi.

Dr. Mohd Kamarul Irwan berkata, kunjungan ini bertujuan membincangkan jalinan kerjasama antara STML, UUM dan pihak FELDA, di samping mempromosikan peluang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD) yang ditawarkan oleh STML.

Sesi perbincangan berlangsung dalam suasana yang positif dan profesional, meliputi peluang kerjasama akademik, pembangunan modal insan, latihan profesional serta penglibatan warga FELDA dalam program pengajian pascasiswazah.

“Program ini diharapkan dapat membuka lebih banyak ruang kerjasama strategik antara kedua-dua pihak, di samping memberi manfaat kepada warga FELDA yang berminat meningkatkan kelayakan akademik dan kompetensi profesional mereka.

“STML, UUM komited untuk terus memperluaskan jaringan kerjasama bersama industri dan institusi bagi menyokong agenda pembangunan pendidikan tinggi negara serta melahirkan graduan yang berkualiti, berdaya saing dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button