Education

Kunjungan hormat STML Ke RISDA perkukuh kerjasama strategik dalam sektor agrikomoditi

Berita dan gambar Nur Shamimi Ayuni Mohamad Baki

KUALA LUMPUR, 5 Mei 2026: Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik (STML), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), baru-baru ini.

Delegasi STML diketuai oleh Dekan, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Kamarul Irwan Abdul Rahim bersama barisan akademik yang terdiri daripada Felo Technology and Supply Chain Excellence Institute (TeSCE), Prof. Madya Dr. Halim Mad Lazim serta Pengerusi Pascasiswazah STML, Dr. Rushanim Hashim dan Dr. Syairah Aimi Shahron.

Dr. Mohd Kamarul Irwan berkata, lawatan ini bertujuan memperkukuhkan hubungan strategik antara akademia dan agensi, khususnya dalam pembangunan sektor agrikomoditi, kelestarian serta pembangunan bakat.

Kunjungan ini telah disambut olehTimbalan Ketua Pengarah Pengurusan RISDA, Wan Mohd Hafiz Wan IbrahimĀ  yang berkongsi pandangan strategik berkaitan pembangunan industri getah dan kesejahteraan pekebun kecil.

Perbincangan turut menumpukan kepada cabaran dalam rantaian bekalan, peningkatan produktiviti serta penggunaan teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasi sektor agrikomoditi.

Selain itu, sesi perbincangan memberi penekanan kepada peluang kolaborasi dalam penyelidikan berimpak tinggi, pembangunan latihan profesional serta penempatan pelajar dalam industri bagi memperkukuhkan pengalaman pembelajaran berasaskan industri.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button