Lawatan industri ViTrox Padawan 5.0 bantu pelajar jadi berdaya saing
Gambar PPKKG UUM
BATU KAWAN, 19 Januari 2025: Seramai 30 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama dua pegawai pengiring dari Pusat Pembangunan Kerjaya dan Kebolehpasaran Graduan (PPKKG) telah menghadiri lawatan industri dan sesi pertemuan fizikal ViTrox Padawan 5.0 di bawah program School of Hard Knocks (SoHK) di ViTrox Technologies Sdn. Bhd., baru-baru ini.
Pengarah PPKKG, Dr. Fikriyah Abdullah berkata, Program SoHK ini dapat membantu pelajar UUM untuk menjadi seorang yang berdaya saing dan secara tidak langsung dapat membantu pihak industri mengenal pasti bakat serta potensi di kalangan pelajar UUM yang diperlukan dalam industri masing-masing.
Menurutnya, semua padawan perlu memberi komitmen yang baik sepanjang program yang dijalankan selama dua semester ini.
“Program SoHK ini juga merupakan platform kepada pelajar berpeluang mengadakan rangkaian bersama syarikat-syarikat besar seperti Vitrox,” katanya.
Dalam lawatan ini, ViTrox Padawan 5.0 dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk melawat persekitaran kerja dan fasiliti yang disediakan di kawasan ViTrox bersama wakil daripada pihak ViTrox.
Selepas sesi lawatan itu, pelajar diminta untuk berkumpul di bilik diskusi bagi sesi onboarding dan sesi pertemuan secara fizikal bersama ViTrox.
Turut hadir, Pegawai Psikologi PPKKG, Nur Farah Johari. – Anis Zulaikha Kamal