Education

Program SULAM SOC perkasa komuniti melalui analitik data media sosial di Changlun

Berita dan gambar Prof. Madya Ts. Dr. Juhaida Abu Bakar

CHANGLUN, 24 Mei 2026: Program Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) anjuran Pusat Pengajian Pengkomputeran (SOC), Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya dilaksanakan di kawasan Carboot Sales, C-Mart Changlun pada Jumaat lalu.

Program ini melibatkan seramai 22 pelajar kursus STISK3123 Analitik Data Media Sosial bersama Pensyarah Penyelaras, Prof. Madya Ts. Dr. Juhaida Abu Bakar

Dr. Juhaida berkata, program ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada pelajar dalam melaksanakan pembelajaran berasaskan komuniti menerusi pendekatan SULAM yang menghubungkan universiti dengan masyarakat setempat.

Menurutnya, antara pengisian utama program ialah sesi pemerhatian, temu ramah bersama vendor Carboot Sales serta interaksi bersama komuniti dan pihak pengurusan C-Mart Changlun.

Katanya, aktiviti ini bertujuan membantu pelajar memahami konteks sosial dan ekonomi masyarakat setempat di samping mengenal pasti cabaran serta potensi pembangunan komuniti.

“Program ini juga dilihat mampu memperkukuhkan hubungan antara universiti, komuniti dan agensi tempatan selain memberi peluang kepada pelajar mengaplikasikan ilmu secara praktikal serta membina kesedaran sosial dan tanggungjawab sivik dalam kalangan pelajar.

“Melalui pelaksanaan program SULAM secara strategik, manfaatnya bukan sahaja dapat dirasai oleh pelajar dari sudut akademik dan kemahiran insaniah, malah turut memberi impak positif kepada komuniti setempat melalui cadangan dan penyelesaian masalah berasaskan data serta reka bentuk interaksi,” katanya.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button