Education

Reruai UUM meriah di Karnival Jom Masuk U di UPSI

Berita dan gambar Kori Ariff

TANJUNG MALIM, 27 April 2026: Karnival Jom Masuk Universiti (JMU) 2026 Zon Tengah II menjadi penutup jelajah JMU 2026 dengan kehadiran lebih 20,000 pengunjung, semalam.

Penutup JMU 2026 yang diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ini disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sepanjang dua hari penganjuran, karnival ini telah menghimpunkan lebih 140 reruai pameran institusi pendidikan tinggi (IPT) termasuk Universiti Utara Malaysia (UUM) dan agensi pendidikan serta gerai usahawan.

Selain itu, JMU 2026 di UPSI membawa dimensi baharu melalui pendekatan DreamX, satu manifestasi komitmen Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) untuk mencungkil potensi, memperkasa pilihan dan membimbing masa depan generasi muda.

JMU Zon Tengah II ini menampilkan pengalaman berbeza melibatkan Pengalaman Interaktif, Career Matching & Future Skills Profiling, Immersive Learning Experience (AR/VR), Global Education & Mobility Exposure dan Penglibatan IPT dan Industri Secara Strategik.

Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed telah meluangkan masa hadir ke majlis perasmian penutup ini.

Penganjuran JMU Zon Tengah II ini diadakan serentak dengan JMU di Sibu, Sarawak yang dianjurkan oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Kedua-dua zon ini menjadi penutup bagi melengkapkan keseluruhan 10 zon jelajah JMU 2026 yang telah dilaksanakan di seluruh negara.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button