Education

SCIMPA terus memperkukuh hubungan dengan Faculty of Socio-Cultural Sciences, Universitas Islam Indonesia

Berita dan Gambar oleh: Thirukaliarasan

SLEMAN, 5 Julai 2026 – Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA), Universiti Utara Malaysia (UUM) terus memperkukuh hubungan kerjasama dengan Faculty of Socio-Cultural Sciences, Universitas Islam Indonesia (UII) menerusi kunjungan hormat kepada Dekan, Dr. Irawan Jati.

Dalam lawatan tersebut, delegasi SCIMPA bersama Pengarah Centre for International Affairs and Cooperation (CIAC), Prof. Madya Dr. Ahmad Hisham Zainal Abidin, UUM telah mengadakan perbincangan bagi mempererat hubungan sedia ada serta menyelaras hala tuju kerjasama strategik demi memastikan kelangsungan penglibatan jangka panjang antara kedua-dua institusi.

Semasa kunjungan itu, Dr. Irawan Jati berkongsi struktur organisasi yang bakal dibangunkan di bawah kepimpinan beliau, di samping menyatakan harapan terhadap kerjasama bersama SCIMPA serta potensi dan prospek hubungan dua hala antara SCIMPA, UUM dan Faculty of Socio-Cultural Sciences, UII.

Delegasi SCIMPA turut menyatakan aspirasi dan perancangan masa hadapan yang melibatkan pertukaran staf dan pelajar, pelaksanaan penyelidikan bersama serta peluasan jaringan akademik dan profesional.

Pengarah CIAC, mantan Dekan SCIMPA bagi tempoh 2016 hingga 2023, turut berkongsi sejarah hubungan antara SCIMPA dan UII.

Beliau memaklumkan bahawa SCIMPA kini menyambut ulang tahun sedekad penubuhannya, sekali gus menjadikan tahun ini amat bermakna dalam memperingati sejarah kerjasama antara kedua-dua universiti.

Sepanjang tempoh tersebut, pelbagai pencapaian telah direkodkan menerusi program pertukaran pelajar secara berkredit dan tidak berkredit, lawatan akademik dua hala serta penganjuran persidangan berkaitan penyelidikan.

Melalui kunjungan ini, kedua-dua pihak berharap agar hubungan antara SCIMPA, UUM dan Faculty of Socio-Cultural Sciences, UII akan terus diperkukuh dan dikekalkan demi manfaat bersama pada masa hadapan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button