Education

Sesi tanaman nanas dedah pelajar aspek pengurusan dan pengendalian tanaman nanas MD2

Gambar Pusat Alumni

SINTOK, 26 Mei 2026: Program University Social Responsibility (USR): Modul Pengenalan Keusahawanan NanasPreneur Muda meneruskan pelaksanaan sesi penanaman nanas di tapak semaian melibatkan seramai 30 pelajar Agribusiness daripada Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan (SEFB) di bawah seliaan Dr. Hartinee Abbas.

Dr. Hartinee berkata, sesi tersebut memberi pendedahan secara langsung kepada pelajar berkaitan aspek pengurusan dan pengendalian tanaman nanas MD2 menerusi pendekatan pembelajaran lapangan serta aktiviti hands-on. Aktiviti ini dikendalikan oleh Pengusaha nanas, Ku Mohd. Fauzi Ku Yaacob yang juga alumni Universiti Utara Malaysia (UUM) bagi Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial dengan Kepujian tahun 2001.

Melalui sesi praktikal ini, pelajar berpeluang mengaplikasikan pengetahuan teori yang dipelajari dalam situasi sebenar sekali gus meningkatkan kefahaman dan pengalaman praktikal dalam bidang agropreneur moden.

Program tersebut turut menerima kunjungan Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed yang hadir meninjau pelaksanaan aktiviti serta menyantuni pelajar sepanjang sesi praktikal berlangsung.

Kehadiran beliau mencerminkan komitmen universiti dalam memperkukuh pembangunan pendidikan berasaskan pengalaman serta keusahawanan dalam kalangan pelajar.

Timbalan Pengarah Pusat Alumni, Amelia Hakimi berkata, program seumpama ini bukan sahaja memberi nilai tambah kepada pengalaman pembelajaran pelajar, malah turut menjadi platform penting dalam menghubungkan kepakaran alumni dengan pembangunan akademik dan komuniti universiti.

Program ini dianjurkan oleh Pusat Alumni UUM dengan kerjasama SEFB serta mendapat sokongan dana daripada Pusat Pembangunan Keusahawanan Siswa (PPKS). – Ahmad Amsyar Abd Razak

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button