Education

Tiga pelajar TISSA-UUM raih biasiswa berprestij KPMG Young Star 2026

Berita dan gambar Shazilayanty Shahrom

PETALING JAYA, 14 Jun 2026: Kecemerlangan akademik dan kualiti graduan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz, universiti Utara Malaysia (TISSA-UUM) terbukti apabila tiga pelajarnya, Aleecya Angel Stancy, Ashley Cheah Zi Yi, dan Nurulain Syazwani Noor Hisham berjaya terpilih sebagai penerima Biasiswa KPMG Young Star 2026.

Anugerah biasiswa tersebut telah disampaikan oleh Pengarah Urusan KPMG Malaysia, Foong Mun Kong bersempena Education Trust Fund (ETF) Awards Day di Menara KPMG Petaling Jaya, baru-baru ini.

Dekan TISSA-UUM, Prof. Madya Dr. Raja Haslinda Raja Mohd. Ali berkata, kejayaan ini merupakan pengiktirafan besar terhadap kualiti pendidikan di TISSA-UUM, memandangkan pelajar berjaya melepasi proses pemilihan kompetitif oleh salah sebuah firma perakaunan ‘Big Four’ di dunia.

Penganugerahan ini bukan sahaja memberi manfaat kewangan sebanyak RM8,000, tetapi turut menawarkan jaminan penempatan latihan industri serta tawaran pekerjaan selama satu tahun di KPMG Malaysia selepas tamat pengajian.

Pencapaian ini sekali gus mencerminkan dedikasi TISSA-UUM dalam melahirkan modal insan yang kompetitif serta relevan dengan kehendak industri perakaunan global. Syabas diucapkan kepada para pelajar atas kejayaan yang mengharumkan nama TISSA-UUM dan UUM.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button