Pusat Islam UUM terima anugerah sanjungan budi daripada SMK Bandar Bukit Kayu Hitam
Gambar : Pusat Islam UUM
BUKIT KAYU HITAM, 24 Julai 2026 – Pusat Islam Universiti Utara Malaysia (UUM) telah menerima Anugerah Sanjungan Budi (Agensi Luar) sempena Majlis Apresiasi Kecemerlangan SMK Bandar Bukit Kayu Hitam yang berlangsung pada 24 Julai 2026.
Anugerah tersebut telah diterima oleh Pengarah Pusat Islam UUM, Mohd Yusnaidi Md Sabri, sebagai mewakili Universiti Utara Malaysia (UUM).
Pengiktirafan ini merupakan tanda penghargaan daripada pihak sekolah atas komitmen dan kerjasama erat yang telah diberikan oleh Pusat Islam UUM dalam menjayakan pelbagai program pembangunan sahsiah, kerohanian dan kecemerlangan pelajar.

Sepanjang kerjasama yang terjalin, Pusat Islam UUM bersama SMK Bandar Bukit Kayu Hitam telah menganjurkan beberapa program, antaranya Program Motivasi Kecemerlangan Akademik, yang bertujuan meningkatkan motivasi, jati diri serta kecemerlangan akademik dalam kalangan pelajar.
Pusat Islam UUM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak SMK Bandar Bukit Kayu Hitam atas penganugerahan Anugerah Sanjungan Budi (Agensi Luar) ini.
Pengiktirafan tersebut menjadi pemangkin kepada Pusat Islam untuk terus memperkukuh kerjasama strategik dengan institusi pendidikan di sekitar Universiti Utara Malaysia dalam melaksanakan pelbagai program yang memberi manfaat kepada pembangunan sahsiah, akademik dan kerohanian pelajar.
Semoga hubungan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuh pada masa hadapan demi melahirkan generasi yang cemerlang, berilmu dan berakhlak mulia. – Nurin Sofia Yusoff



